KUALA LUMPUR: Tujuh karyawan muda tempatan menerima Dana Khas Filem Pendek daripada Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (Finas) bagi memperkasa kemahiran dalam menghasilkan karya berkualiti dan diterima di peringkat antarabangsa.
Mereka ialah Mohd Hairi Safwan dengan karya bertajuk 'Qarin', Lim Han Loong (Family Gathering), Lee Shi Min (Dad's Suit), Syahnur Asyikin Kee Charles (Peace Land), Syazani Zikry Zainul Hakim (A Different View), Felix Elmer Peter John Remek (Pak, Aman Nak Pergi Sekolah) dan Lenathannimalai Srinivasan (Gogu and the Memories of 7 Trees).
Ketua Pegawai Eksekutif Finas Md Nasir Ibrahim berkata dana di bawah Dana Kandungan Digital (DKD) (Sektor Filem) itu bertujuan merancakkan ekonomi industri kreatif dalam negara dengan meningkatkan peluang pekerjaan komuniti dan karyawan muda melalui karya kreatif, di samping merangsang kreativiti penggiat menerusi eksplorasi idea dan karya.
"DKD merupakan usaha berterusan daripada Finas dengan sokongan Kementerian Komunikasi dan Multimedia (K-KOMM) dalam memajukan sektor perfileman dan industri kreatif negara melalui penawaran suntikan dana kepada penggiat seni tanah air," katanya kepada media selepas majlis penyerahan surat setuju terima dana tersebut di bangunan Finas di sini malam ini.
Beliau berkata DKD (Sektor Filem) disasarkan kepada karyawan muda bagi menggalakkan penerbitan filem pendek berkualiti dan terbuka kepada semua genre yang mempunyai nilai komersial bagi penyertaan pertandingan atau festival dalam dan luar negara.
"Kita berharap penyaluran dana di bawah DKD ini membantu membina semula industri kreatif serta membuka lebih banyak peluang pekerjaan khususnya kepada penggiat seni tanah air yang terkesan pandemik COVID-19," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Aug 23 2022
Md Nasir Ibrahim berkata dana di bawah Dana Kandungan Digital (DKD) (Sektor Filem) itu bertujuan merancakkan ekonomi industri kreatif dalam negara. - Foto fail/BERNAMA
TH peruntuk 30 juta riyal untuk kos makanan jemaah haji tahun ini
Sebanyak SAR30 juta diperuntukkan bagi kos penyediaan dua juta pek makanan kepada 31,600 jemaah sepanjang musim haji tahun ini.
'Jemaah haji ialah VIP, perlu dilayan sebaiknya' - Cef Anas
Cef Anas anggap tugas memasak untuk 31,600 jemaah Malaysia di Tanah Suci sebagai jihadnya.
Pesawat turun mendadak kurang dari 10 saat - Penumpang SIA
Salah sorang penumpang pesawat penerbangan Singapore Airlines (SIA) yang mengalami keadaan gelora udara (turbulent) kuat, Dzafran Azmir memberitahu kejadian berlaku dengan sangat pantas.
Haji 2024: Makanan disaring ketat sebelum diedar kepada 31,600 jemaah
TH tidak berkompromi aspek keselamatan makanan bermula daripada penyediaan dan penyajian sehingga kepada penghantaran.
Wanita maut, motosikal dilanggar lori
Mangsa mengalami kecederaan di kepala dan disahkan meninggal dunia di tempat kejadian.
AWANI Pagi: Tak nak kena tipu beli kereta terpakai?
Kelahiran SCRUT yang membongkar penipuan gred dan kondisi kereta import terpakai (kereta recond) telah tular dan memberi impak yang sangat baik kepada industri automotif. Buat masyarakat, ia sesuatu yang baik, manakala buat penjual yang tidak jujur, ia mimpi ngeri. Nak tahu perkongsian lebih lanjut, jangan terlepas tonton #AWANIPagi.
#AWANInews
#AWANInews
Putin puji hubungan Rusia dengan Iran
Putin juga memberi jaminan akan memastikan hubungan baik dengan republik itu berterusan.
Agong, Raja Permaisuri zahir ucapan Selamat Hari Wesak
Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim menzahirkan ucapan selamat Hari Wesak kepada semua penganut agama Buddha di negara ini.
Penganut agama Buddha sambut Hari Wesak hari ini
Hari Wesak disambut dengan menyalakan colok dan lilin berbentuk bunga teratai, menabur bunga dan memandikan patung Buddha.
AWANI Ringkas: PM hadiri Persidangan Nikkei
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
FINAS, MyIPO kerjasama tingkat usaha pendaftaran harta intelek penggiat seni
FINAS akan bekerjasama dengan MyIPO untuk meningkatkan pendaftaran IP dalam kalangan penggiat seni tanah air.
FINAS taja caruman SKSPS bagi 4,500 penggiat seni selama setahun - Fahmi
FINAS akan menaja 4,500 penggiat seni tanah air di bawah SKSPS Perkeso dengan caruman RM23.30 bagi setiap orang, menjadikan jumlah keseluruhan tajaan bernilai RM104,850.
Pindaan akta Finas turut ambil kira aspek standard kontrak penggiat seni - Fahmi
Fahmi berkata perkara itu perlu ditambah baik dalam Akta Finas untuk memastikan aspek keselamatan sosial bagi pekerja industri kreatif di negara ini tidak diketepikan.
Mampukah 2024 noktah kemelut kebajikan penggiat seni?
Sudah sekian lama, isu kebajikan penggiat seni hiburan negara sehingga ke hari ini masih belum menampakkan jalan penyelesaian.
Finas dan Perkeso bakal tandatangani MoU April nanti - Fahmi
Menurut Fahmi, aspek keselamatan sosial kepada pekerja belakang tabir syarikat-syarikat produksi kurang dibincangkan sebelum ini.
FINAS berhasrat jalin kerjasama dengan pemenang Oscar, Kartiki Gonsalves
Kerjasama dengan Kartiki yang merupakan pemenang Oscar akan membawa sinergi positif serta memberi impak kepada industri filem Malaysia.
Tangguh filem antarabangsa buka lebih ruang filem tempatan masuk pawagam
Hasil perbincangan Finas dan MAFE, terdapat lebih kurang tujuh hingga sembilan filem tempatan yang berpotensi dapat kutipan pecah panggung.
Kerajaan yakin industri filem sebagai salah satu sektor penyumbang kepada ekonomi kreatif - Fahmi
Industri kreatif dan budaya negara menyumbang kira-kira 1.9 peratus atau RM28.7 bilion daripada jumlah KDNK negara dan merangkumi tenaga kerja seramai lebih setengah juta orang.
FINAS tekad bantu penggiat industri kreatif
FINAS tekad mengambil inisiatif memberi bantuan kepada penggiat industri kreatif menerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Warga Industri, Kebajikan dan Data Industri.
J-KOM kini di bawah seliaan Kementerian Komunikasi
Jabatan Komunikasi Komuniti (J-KOM) yang sebelum ini di bawah Jabatan Perdana Menteri, kini diselia Kementerian Komunikasi.